BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 26, 2010

RENCANA

                          Karipap frozen

Di dalam zaman serba moden kini, terdapat pelbagai teknologi baru diperkenalkan dalam pelbagai  jenis sektor untuk meningkatkan lagi ekonomi negara supaya dapat bersaing setaraf dengan negara-negara luar. Pelbagai teknologi baru dipersembahkan bagi mermartabatkan negara mereka sebagai pengeluar utama bahan tersebut. Dalam sektor pertanian pula, pelbagai kemudahan disediakan kerajaaan bagi menjamin ekonomi negara meningkatkan hasil pertanian serta memudahkan para pengusaha.
Dari segi pemakanan, teknologi baru yang diperkenalkan untuk menambah pendapatan negara ialah penyejukbekuan atau juga dikenali sebagai frozen. Teknologi ini sudah lama diperkenalkan tetapi baru dikomersialkan untuk menjana pendapatan negara. Pelbagai makanan boleh difrozenkan sebagai contoh buah-buahan, roti canai dan pau. Nilai pemasaran bagi makanan ini bernilai kerana mudah didapati di setiap pelusuk negeri.
Sekarang, kami ingin memperkenalkan makanan baru yang boleh difrozenkan iaitu karipap. Karipap boleh dibuat dengan pelbagai cara dan penggunaan bahan juga berbeza. Hal ini berkaitan dengan resepi masing-masing. Karipap kami menggunakan cara tradisional dengan menggunakan kaedah tangan tidak seperti orang lain yang menggunakan mesin. Kami ingin menggekalkan cara tradisional supaya cara itu tidak luput di tinggal zaman walaupun kami membuat frozen.
Karipap kami bermula dengan secara kecil-kecilan sahaja dengan mencuba nasib menjual di kedai-kedai runcit yang mahukan karipap frozen ini. Kami ingin melihat pasaran dahulu barulah kami beralih dengan mempromosikan karipap kami di Pejabat Pertanian. Karipap ini juga mempunyai pemintaan ramai apabila menjelang musim perayaan seperti majlis berbuka puasa. Kami juga mengambil tempahan dari pembeli apabila mereka mengadakan majlis kesyukuran, majlis perkahwinan atau majlis rumah terbuka.
Karipap kami menggunakan resepi turun-temurun dari zaman terdahulu. Kami mengikut sahaja tanpa mengubah apa-apa untuk mengawet karipap tersebut. Kami membuat dengan kaedah manual tanpa menggunakan mesin untuk pembuatan karipap kami dan membezakan dengan karipap lain. Kami mengeluarkan karipap pelbagai citarasa ataupun dikenali sebagai inti iaitu inti ayam, daging dan sardin. Kami juga membuat temosa iaitu inti ikan. Samosa hanyalah tambahan kerana kami baru sahaja membuat mengikut tempahan sahaja dari pembeli.
Princess Momo Enterprise menggunakan kaedah manual bertujuan untuk mengekalkan rasa karipap yang asli. Hal ini kerana syarikat kami mementingkan kualiti produk yang dikeluarkan. Selain itu, ia juga bertujuan memberi peluang pekerjaan kepada ibu tunggal dan remaja yang mengganggur. Dengan ini dapat meningkatkan taraf hidup dan menambahkan pendapatan keluarga tersebut serta dapat mengurangkan bilangan remaja yang menganggur.
Karipap frozen keluaran syarikat kami sesuai sebagai hidangan untuk sarapan, minum petang dan pada bila – bila masa sahaja. Karipap ini cepat dan mudah disediakan kerana hanya perlu digorengkan sahaja. Keistimewaan karipap frozen ini juga kerana ia satu – satunya dimiliki dan diusahakan 100% oleh bumiputera dan bahan – bahan yang digunakan untuk menghasilkannya adalah berkualiti tinggi dan ditanggung halal. Hal ini kerana kami mementingkan rasa karipap yang asli dan tahap kebersihan yang tinggi.
Resepi : 
Contoh untuk karipap daging dan ayam
Bahan-bahan ( 50 biji )
Bahan Inti :
·         500 g kentang - dipotong dadu
·         300 gm bawang besar - dipotong dadu
·         400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
Tumbuk Lumat :
·         ½ biji bawang besar
·         2 ulas bawang merah
·         2 ulas bawang putih
·         w½ inci halia
·         ½ sd besar jintan manis
·         3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
·         2 sudu besar minyak
·         ½ batang besar kulit kayu manis
·         2 sd teh gula / secukup rasa
·         1 sd teh garam / secukup rasa
·         350 ml air
Doh Karipap :
·         500 g tepung gandum - diayak
·         ½ sd besar garam
·         94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
·         1 biji telur
·         ½ cawan ais
·         250 ml air
·         Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai
Cara-cara
Inti :
1.      Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
2.      Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
3.      Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.


Doh :
4.      Masukkan tepung dalam mangkuk.
5.      Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
6.      Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.
7.      Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
8.      Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd teh penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
9.      Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
10.  Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.
** Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Jika doh tidak dicanai, doh boleh dibekukan dan  dibalut plastik dalam. Apabila hendak digunakan, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan diletak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastik  agar tidak melekat, baru boleh disimpan di dalam bekas plastik dan diletak di dalam fridge semula.



Saturday, September 25, 2010

SURAT PERMOHONAN UNTUK MEMPROMOSIKAN PRODUK KARIPAP FROZEN












Princess Momo ENTERPRISE ,
3489 Jalan Kebaya 17 Taman Kebaya , Paya Datuk
78000 Alor Gajah,
Melaka.
___________________________________________________
Jabatan Pertanian Negeri, Negeri Sembilan
Tingkat 3, Blok D,
Wisma Negeri,
70503 Seremban,
Negeri Sembilan                                                       30 OGOS 2010

Tuan,
PERMOHONAN UNTUK MEMPROMOSIKAN PRODUK KARIPAP FROZEN
Merujuk perkara di atas saya setiausaha syarikat Princess Momo Enterprise ingin memperkenalkan produk syarikat kami iaitu karipap frozen.
2. Syarikat Princess Momo Enterprise telah mengeluarkan beberapa jenis karipap seperti karipap daging, karipap sardin dan karipap ayam. Karipap yang dikeluarkan ini adalah bermutu tinggi, sedap dan lazat, dan cepat disediakan. Kami menggunakan bahan- bahan yang berkualiti dan dijamin halal. Kelebihan karipap keluaran syarikat kami adalah ianya, diperbuat dengan menggunakan kaedah manual iaitu menggunakan tenaga manusia sepenuhnya.
3. Dengan penghasilan produk ini juga ia dapat memberi peluang pekerjaan kepada ibu – ibu tunggal dan remaja yang menganggur. Syarikat kami akan terus meningkatkan produk ini ke peringkat yang lebih tinggi.
Dengan ini saya mengharapkan kerjasama dari pihak tuan untuk membantu mempromosikan produk syarikat kami ini di jabatan tuan. Kerjasama dari pihak tuan amat dialu – alukan.

Sekian, terima kasih.

“MENGEMBANGKAN PRODUK FROZEN”

Yang benar


( NORLIYANA BINTI ABD MANAN )
PENGARAH PEMASARAN
PRINCESS MOMO ENTERPRISE

Sunday, September 19, 2010

PENGENALAN


Kami syarikat usahawan bumiputra memasarkan produk karipap frozen.
Istimewanya karipap frozen kami dari syarikat Karipap fozen yang lain adalah kami menggunakan keadah manual tanpa mengunakan keadah automatik ataupun jentera. Kami hanya mengunakan keadah manual atau tenaga kerja manusia. Bermula dari diawal perbuatan sehingga pemasaran. Tenaga kerja kami pun dari golongan ibu tunggal dan orang-orang miskin. Disamping itu, kami dapat membantu golongan-golongan ini dapat pekerjaan.

Kami mengeluarkan 3 perisa karipap iaitu sardin, daging dan ayam. Kami masih menggunakan kentang sebagai bahan utama untuk inti tetapi kami mencampurkan perisa itu, untuk menambah kelazatan dan kelainan dari karipap kami. Karipap kami selain lazat dan sedap tetapi dijamin bersih dan selamat dimakan disamping dijamin halal oleh Jabatan Agama Islam Melaka. Karipap ini senang disediakan dan cepat disediakan. Hanya memerlukan 10 minit untuk memasak.
produk kami Karipap 
1 bungkus = 10 biji 
1 bungkus = RM 3

AHLI LEMBAGA PENGARAH PRINCESS MOMO ENTERPRISE

KETUA PENGARAH
PENOLONG PENGARAH
PENGARAH KEWANGAN
PENGARAH PEMASARAN
PENGARAH HAL EHWAL PEKERJA

Wednesday, September 8, 2010

TAFSIRAN LOGO

TOPI
Merujukkan kebersihan

WARNA OREN DAN COKLAT
Merujukkan kelazatan dan kesedapan Karipap Frozen

TANGAN KANAN
Merujuk keselamatan poduk kami

TANGAN KIRI
Lambang keamanan dan perpaduan

KEDUA-DUA BELAH KAKI
Merujukkan kepantasan kerja dibuat oleh pekerja Princess Momo Enterprise

PRINCESS MOMO ENTERPRISE

NAMA SYARIKAT
Princess Momo Enterprise

PRODUK
Karipap Frozen

MISI
Memperkenalkan produk yang berkualiti, lazat dan cepat disediakan

VISI
Menjadikan syarikat yang pertama memperkenalkan produk seumpama ini diseluruh dunia

SLOGAN
Hurmmm......... nak sokmo!!!!