Di dalam zaman serba moden kini, terdapat pelbagai teknologi baru diperkenalkan dalam pelbagai jenis sektor untuk meningkatkan lagi ekonomi negara supaya dapat bersaing setaraf dengan negara-negara luar. Pelbagai teknologi baru dipersembahkan bagi mermartabatkan negara mereka sebagai pengeluar utama bahan tersebut. Dalam sektor pertanian pula, pelbagai kemudahan disediakan kerajaaan bagi menjamin ekonomi negara meningkatkan hasil pertanian serta memudahkan para pengusaha.
Dari segi pemakanan, teknologi baru yang diperkenalkan untuk menambah pendapatan negara ialah penyejukbekuan atau juga dikenali sebagai frozen. Teknologi ini sudah lama diperkenalkan tetapi baru dikomersialkan untuk menjana pendapatan negara. Pelbagai makanan boleh difrozenkan sebagai contoh buah-buahan, roti canai dan pau. Nilai pemasaran bagi makanan ini bernilai kerana mudah didapati di setiap pelusuk negeri.
Sekarang, kami ingin memperkenalkan makanan baru yang boleh difrozenkan iaitu karipap. Karipap boleh dibuat dengan pelbagai cara dan penggunaan bahan juga berbeza. Hal ini berkaitan dengan resepi masing-masing. Karipap kami menggunakan cara tradisional dengan menggunakan kaedah tangan tidak seperti orang lain yang menggunakan mesin. Kami ingin menggekalkan cara tradisional supaya cara itu tidak luput di tinggal zaman walaupun kami membuat frozen.
Karipap kami bermula dengan secara kecil-kecilan sahaja dengan mencuba nasib menjual di kedai-kedai runcit yang mahukan karipap frozen ini. Kami ingin melihat pasaran dahulu barulah kami beralih dengan mempromosikan karipap kami di Pejabat Pertanian. Karipap ini juga mempunyai pemintaan ramai apabila menjelang musim perayaan seperti majlis berbuka puasa. Kami juga mengambil tempahan dari pembeli apabila mereka mengadakan majlis kesyukuran, majlis perkahwinan atau majlis rumah terbuka.
Karipap kami menggunakan resepi turun-temurun dari zaman terdahulu. Kami mengikut sahaja tanpa mengubah apa-apa untuk mengawet karipap tersebut. Kami membuat dengan kaedah manual tanpa menggunakan mesin untuk pembuatan karipap kami dan membezakan dengan karipap lain. Kami mengeluarkan karipap pelbagai citarasa ataupun dikenali sebagai inti iaitu inti ayam, daging dan sardin. Kami juga membuat temosa iaitu inti ikan. Samosa hanyalah tambahan kerana kami baru sahaja membuat mengikut tempahan sahaja dari pembeli.
Princess Momo Enterprise menggunakan kaedah manual bertujuan untuk mengekalkan rasa karipap yang asli. Hal ini kerana syarikat kami mementingkan kualiti produk yang dikeluarkan. Selain itu, ia juga bertujuan memberi peluang pekerjaan kepada ibu tunggal dan remaja yang mengganggur. Dengan ini dapat meningkatkan taraf hidup dan menambahkan pendapatan keluarga tersebut serta dapat mengurangkan bilangan remaja yang menganggur.
Karipap frozen keluaran syarikat kami sesuai sebagai hidangan untuk sarapan, minum petang dan pada bila – bila masa sahaja. Karipap ini cepat dan mudah disediakan kerana hanya perlu digorengkan sahaja. Keistimewaan karipap frozen ini juga kerana ia satu – satunya dimiliki dan diusahakan 100% oleh bumiputera dan bahan – bahan yang digunakan untuk menghasilkannya adalah berkualiti tinggi dan ditanggung halal. Hal ini kerana kami mementingkan rasa karipap yang asli dan tahap kebersihan yang tinggi.
Resepi :
Contoh untuk karipap daging dan ayam
Bahan-bahan ( 50 biji )
Bahan Inti :
· 500 g kentang - dipotong dadu
· 300 gm bawang besar - dipotong dadu
· 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
Tumbuk Lumat :
· ½ biji bawang besar
· 2 ulas bawang merah
· 2 ulas bawang putih
· w½ inci halia
· ½ sd besar jintan manis
· 3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
· 2 sudu besar minyak
· ½ batang besar kulit kayu manis
· 2 sd teh gula / secukup rasa
· 1 sd teh garam / secukup rasa
· 350 ml air
Doh Karipap :
· 500 g tepung gandum - diayak
· ½ sd besar garam
· 94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
· 1 biji telur
· ½ cawan ais
· 250 ml air
· Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai
Cara-cara
Inti :
1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
2. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
3. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.
Doh :
4. Masukkan tepung dalam mangkuk.
5. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
6. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.
7. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
8. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd teh penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
9. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
10. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.
** Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Jika doh tidak dicanai, doh boleh dibekukan dan dibalut plastik dalam. Apabila hendak digunakan, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan diletak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastik agar tidak melekat, baru boleh disimpan di dalam bekas plastik dan diletak di dalam fridge semula.